MPP UiTM Terengganu Wednesday, March 3, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Selamat datang ke Blog MPP UiTM Terengganu..

Sukacita dimaklumkan bahawa blog ini sudah siap diselenggara dan sedia untuk digunakan.Beberapa fungsi telah ditambahkan ke dalam blog ini antaranya adalah:-

1)Senarai Aktiviti Persatuan Dalaman
-Ruang ini digunakan untuk menyenaraikan semua aktivit yang dijalankan oleh Persatuan Dalaman UiTM Terengganu.Dengan adanya ruang ini,semua pelajar boleh melihat semua aktiviti yang akan dan sedang berlangsung di Kampus.


2)Senarai Aktiviti MPP
-Ruang ini digunakan untuk menyenaraikan aktiviti yang diadakan oleh MPP.Oleh itu semua pelajar boleh mengetahui dan menyertai aktiviti yang diadakan oleh MPP dengan lebih cepat dan tepat.

3)Borang Aduan/Cadangan/Komen
-Bagi meningkatkan mutu perkhimatan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP),kami telah menyediakan perkhimatan borang aduan,cadangan dan komen secara online.Ini akan memudahkan semua pelajar membuat aduan/cadangan/komen dan sebarang pemasalahan akan terus diketahui oleh MPP.

4)Borang Soal Selidik
-Borang soal selidik ini digunakan untuk membuat soal selidik mengenai beberapa isu.Kami berharap semua pelajar boleh mengambil bahagian dalam soal selidik yang akan diadakan di sini.

Dari semasa ke semasa,kami berusaha untuk meningkatkan mutu kualiti perkhimatan MPP bagi membantu anda semua.Oleh itu,diharap semua pelajar dapat memberikan kerjasama kepada kami supaya kita dapat menjalankan tanggungjawab kami sebagai perwakilan pelajar.Insya-Allah.Amin